Latihan Kefahaman_W2/P2/MYE07
BAHAGIAN C ( 25 markah )
Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Pagi semalam, hari Ahad seperti biasa aku pergi ke rumah tumpangan orang-orang tua. Aku pergi ke sana sebagai seorang sukarelawan cuba menghiburkan hati penghuninya dan membantu membersihkan kawasan sekeliling. Orang-orang tua di rumah itu bagaikan sampan buruk yang tersadai di tepi pantai gersang. Sampan buruk yang tidak mungkin belayar jauh lagi, menunggu masa untuk meninggalkan pelabuhan usang buat selama-lamanya.
Mungkin saudara akan mengatakan bahawa orang tua yang menghuni rumah itu cukup segala-galanya. Sekurang-kurangnya ada tempat berteduh dari hujan dan panas. Mereka tidak merempat atau merayap-rayap di tepi jalan dengan pakaian yang kotor. Sebenarnya, mereka yang bermata merah itu bukan kerana masalah kesihatan atau kurang tidur, tetapi menangisi nasib kerana hidup mereka terabai. Adakah saudara akur?
Saudara akan tahu dengan lebih jelas apabila aku ceritakan tentang kisah seorang perempuan tua yang aku temui di rumah itu.
Seperti biasa Mak Tipah duduk termenung di atas katilnya. Orangnya kurus. Matanya terperosok ke dalam, layu, kuyu dan tidak berseri. Mukanya pucat dan cengkung. Rambutnya sudah beruban. Kulit tangannya kering dan berkedut. Aku simpati melihatnya. Perlahan-lahan aku menarik kerusi damar lalu duduk di sebelahnya.
“Mengapa mak cik?”
“Mak cik tidak akan mudah mati kerana kelaparan, tapi akan cepat mati kerana kebosanan dan kesunyian.”
Aku tersentak. Kolam hatiku teriak. Terusik betul. Amat terharu. Dapat kurasakan bahawa diri orang tua ini seperti kapal dipukul ombak yang ganas. Ketika itu Mak Tipah amat memerlukan teman berbual. Berbual-bual boleh membunuh kesepian.
“Di manakah suami dan anak mak cik?” Aku cuba memancing.
“Suami mak cik meninggalkan mak cik sewaktu anak mak cik berusia enam tahun. Dia menghilangkan diri begitu sahaja. Anak lelaki mak cik pula mewarisi langkah ayahnya yang suka meninggalkan mak cik seorang diri. Perangai anak mak cik berubah apabila sudah berumah tangga.”
“Anak mak cik sebenarnya baik. Oleh sebab seorang perempuan muda dan cantik, dia sanggup dan tergamak mengetepikan mak cik. Mak cik tak kisah kalau hilang semua duit dan harta, asalkan jangan hilang suami dan anak. Mak cik tidak pernah berdendam. Kalau benci pun hanya sikapnya saja. Kalau mak cik benar-benar benci, sudah lama mak cik sumpah dia menjadi batu.....”
Sedar tidak sedar orang tua itu menghulurkan sekeping gambar kepadaku. Aku sungguh terperanjat kerana orang dalam gambar itu adalah orang yang amat aku kenali dan kagumi!
Aku mengaguminya kerana sikapnya yang positif. Dia boleh menjadi manusia contoh. Dia berusaha gigih tanpa memberi alasan yang negatif. Dia benci waktu rehat semasa bersekolah dahulu kerana tidak dapat membeli makanan dan minuman. Dia menghabiskan masa rehat dengan menelaah pelajaran dalam keadaan perut kosong.
Kemiskinan telah banyak mengajarnya supaya menjadi lebih penyabar, rajin dan bekerja keras. Dia tekun belajar. Mahu buktikan bahawa dia juga boleh berjaya. Dia belajar sampai ke menara gading. Wang perbelanjaannya dibiayai oleh ibunya yang menjaja nasi lemak dan pisang goreng.
Kemudian anak kesayangan itu memegang jawatan tinggi.
(Dipetik dan disesuaikan daripada cerpen tulisan Peter Augustine Goh - Saudara, Seorang Tua, dan Kisah Ini)
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut.
Seberapa yang boleh, gunakan ayat-ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu ruangan 'comments' di bawah.
31. Siapakah “aku”? Mengapa dia pergi ke rumah tumpangan orang-orang tua? (3 markah)
32. Mengapakah orang-orang tua di rumah tumpangan itu ‘menangisi nasib’?
(4 markah)
33. Nyatakan dua sikap positif yang dimiliki oleh anak Mak Tipah. Berikan contoh bagi menyokong jawapan kamu. (6 markah)
34. Berikan dua pengajaran yang kamu perolehi daripada cerita ini. (6 markah)
35. Terangkan maksud perkataan yang berikut berdasarkan penggunaannya dalam teks.
i. gersang (baris 4) (2 markah)
ii. terperosok (baris 16) (2 markah)
iii. terharu (baris 23) (2 markah)
Sertakan perkara-perkara berikut apabila anda menjawab soalan-soalan di atas di ruangan comments. Latihan ini akan di nilai.
Nama:
Tarikh:
Kelas:
Markah Penuh: 25 markah
Monday, June 22, 2009
Isnin, 1.30pm - 3.30pm_Karangan
Karangan_W2/P1/MYE07
BAHAGIAN B (50 markah)
Arahan : Tulis sebuah karangan dengan menggunakan sekurang- kurangnya 200 patah perkataan mengenai satu daripada perkara-perkara berikut.
Pilih salah SATU soalan yang diberikan.
1. Tulis sebuah cerita mengenai seorang pelajar yang berjaya setelah melalui pelbagai masalah.
2. Tuliskan sebuah cerita yang berakhir dengan :
"....Perbuatan Nazri itu seperti kacang lupakan kulit. Namun, aku tidak menyesal membantu Nazri selama ini biarpun jasaku tidak dikenangnya. Malah, aku bersyukur kerana telah dapat berjasa kepada seseorang.”
Penghantaran karangan: Sila emelkan jawapan kamu di salah satu alamat emel di bawah:
1) erfi2@hotmail.com
2) melyna75@hotmail.com
Markah bagi karangan anda akan di nilai.
Isi: 25 markah
Bahasa / Formah : 25 markah
Jumlah Penuh: 50 markah
BAHAGIAN B (50 markah)
Arahan : Tulis sebuah karangan dengan menggunakan sekurang- kurangnya 200 patah perkataan mengenai satu daripada perkara-perkara berikut.
Pilih salah SATU soalan yang diberikan.
1. Tulis sebuah cerita mengenai seorang pelajar yang berjaya setelah melalui pelbagai masalah.
2. Tuliskan sebuah cerita yang berakhir dengan :
"....Perbuatan Nazri itu seperti kacang lupakan kulit. Namun, aku tidak menyesal membantu Nazri selama ini biarpun jasaku tidak dikenangnya. Malah, aku bersyukur kerana telah dapat berjasa kepada seseorang.”
Penghantaran karangan: Sila emelkan jawapan kamu di salah satu alamat emel di bawah:
1) erfi2@hotmail.com
2) melyna75@hotmail.com
Markah bagi karangan anda akan di nilai.
Isi: 25 markah
Bahasa / Formah : 25 markah
Jumlah Penuh: 50 markah
Subscribe to:
Posts (Atom)